Ok, setelah trip ke Vietnam hari itu ditunda ke satu masa yang sesuai, dan setelah mak membeli planner untuk tahun depan dari menantikan pemberian ikhlas dari majikan yang tak kunjung tiba, maka tersusun tarikh dan jadual perjalanan wisata mak untuk tahun hadapan. Kepada sesiapa yang mahu join mana mana trip, harap dapatlah berhubung secepat yang mungkin kerana utk book tiket kapal terbang itu yang paling penting dari segi harga yang berpatutan. Jimat yang lain boleh lagi dirancang dari masa ke semasa. Harga flight tiket susah nak dapat murah dek non, unless mak bapak korang pemegang terbesar saham syarikat.
1 Feb 2011 - 7 Feb 2012 - (HARI wilayah, Maulidur Rasul, Thaipusam) - confirmed
Hatyai, Phuket & Krabi, Thailand (naik bus dan train) KT
3 Mac - 5 Mac 2012 - confirmed (driving kereta)
Hutan Belum Perak Darul Ridzuan, Malaysia
23 April - 30 April 2012 - confirmed (Air Asia X)
Seoul dan Jeju Island, Korea Selatan
Jun 2012 (Cuti Sekolah) - under consideration for cheap tix (Tiger Airways)
Danang, Hue dan Hoi An, Vietnam
18 Ogos - 21 Ogos 2012 (Hari Raya Puasa) - confirmed (AA)
Raya-Raya di Kota Bharu, Kelantan bersama keluarga
31 Ogos ~ 9 September 2012 - Confirmed (Jetstar.com)
South Island, New Zealand
19 September ~ 25 September 2012 - Confirmed (AA)
Sipadan -Mabul Dive Trip, Semporna, Sabah
December 2012 -under consideration for cheap tix (Tiger Airways, AA)
Ho Chi Minh - Cambodia - Laos (overland trip)
April 2013 ( under planning for AA inaugural route to Hokaiddo next year)
Sapporo - Osaka - Tokyo- Okinawa, Japan
Selain itu, ada juga tempat-tempat menarik yang mungkin dirancang secara adhoc seperti
Macau,Taipei dan Hong Kong dan Legoland dan Johor Premium Outlet, Johor. Nanti akan dikemaskini dari masa ke semasa..
Oh ya, Thailand akan melancarkan penerbangan tambang murah iaitu Thai Smile yang dijangka beroperasi pada Julai 2012... jadi boleh lah kita intip intip promosi akan datang...
Semoga yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin... aminn...
Sekian....
No comments:
Post a Comment