Haish dah dekat sangat tarikh perjalanan tapi sabarlah ye. Permohonan keluar negara tak dapat dapat. entah apa jadi agaknya. Mungkin dalam tindakan. Mu
ngkin kena sorok dalam laci kot. Entah lah! Kita yang golongan marhain ni harus berserah jer la. Kalau bos tak nak bagi pegi (cuti tak lulus, nak buat macam mana kan?)
Memandangkan mak sudah hampir empat bulan bekerja tanpa henti iaitu tiada cuti-cuti nak makan angin riang ria yang sebenar (minus la yang pegi Pattani ari tu), ada perkhabaran menggembirakan hati mak apabila rakan mak sejak DPA lagi, Cik Malahayati dengan berbesar hati mengundang mak dan seorang rakan lagi menghadiri satu majlis yang bermakna pada 29 Mac ni. Apa dia?
First time i dapat undangan pegi ke Kediaman Rasmi Duta Besar Jopun! Sapa tak nak kan?
Acara tersebut adalah sempena memperingati tragedi gempa bumi dan tsunami yang telah melanda pada Jepun tahun lalu (Ingat Sendai, Fukushima? Honshu?). Ia merupakan satu acara yang disambut oleh Kedutaan Jepun di seluruh dunia, maka dengan ini para jemputan juga terdiri dari pelbagai golongan seperti para diplomat dan duta, wakil-wakil Kerajaan dan NGO-NGO tertentu.
It is an honour to be given an opportunity to be ther
e and listen to the speeches and learn the tragedy and their struggles (though Majalah 3 with their recent documentary helped to provide the audio and visual prior to this event).
Bagi mak, ia adalah satu permulaan bagus untuk mak membuat esei wajib sempena permohonan program IATSS Forum. Kalau dapat, 55 hari segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya utk study trip ke sana (sapa tak mo bukan?) dan peluang berjalan-jalan satu Jepun, tapi yang ni agak tough la berbanding dengan program JICA :( Insyallah....
Selain dari acara yang mak sangat looking forward ni, mak juga sangat happy kerana akhirnya. setelah sabar menunggu, tangkapan berjaya dilaksanakan pada hari ini juga!
Dapatlah tiket balik dari Sydney ke Changi akhirnya... maka perjalanan ni menarik kerana kami pergi dengan promo permulaan AA ke Sydney RM199 satu hala dan tambang balik dari Sydney ke Changi cuma AUD88 sahaja menggunakan Scoot (dapatlah merasa dua jenis syarikat penerbangan kali ni). Pukul rata tiket pegi balik dalam RM480.00 sahaja utk satu perjalanan yang jauh dan negara yang airport tax selepas conversion cekik darah. Ya, kami akan berbaju kurung serba serbi di hadapan Opera House (sempena jalan jalan hari raya) nanti, insyallah!
Thank you Scoot for making such a good deal, I hope this competitive offer will keep the industry at the edge with other competitors!
Sekian melaporkan!
No comments:
Post a Comment