Bagi yang blur-blur nak layan DMZ, aku suggest korang cekidaut page ni supaya tahu kawasan mana nak tuju dan berpuas hati dengan bayarannya. Boleh dikatakan DMZ tour ni agak popular dengan pelancong asing, kot kalau rasa macam ditetak leher membayar, rasa tak rugi kalau demand mintak lama sikit... Kes tak sempat nak bergambar sakan!
Bagi aku, DMZ Tour yang melibatkan kawasan Paju-Si adalah yang terbaik disebabkan ada satu lagi tarikan iaitu Panmunjeom iaitu menawarkan The Great Divide Experience yang mungkin suspense dan agak thrilling kot. Kami tak berkesempatan ke sana kerana masa yang suntuk dan telah memilih kawasan Ganghwa untuk Northern Line Limit untuk observe orang North Korea hidup. Ya, di dalam brochure ada mengatakan, jika bayaran tour dibuat dan last minute tour kena kansel disebabkan keadaan tidak mengizinkan (seperti pergolakan) , say goodbye la duit yang dibayar yer (non refundable).
Cara terbaek adalah berkata kepada tour agency, I want to pay by credit card on the day of the tour. Bawak jer kad kredit ker debit, nanti bila masa tengah nak abes tour, korang mesti kagum lar! At least kami terpaksa la mengambil langkah berhati hati sikit sebab tour ni kan mahal... rugi kalau tak leh refund! Baik duit tu pegi shopping ahahhahahahah. Ya, jangan mudah terpedaya pujuk rayu tour operator hatta guest house owner pun... kalu betul berkredibiliti, diorang tetap muncul di depan anda yer!
Maka sambungan dari cerita hari ni adalah seperti berikut.
Selepas abes layan NLL (perasaan rasa macam tak puas jer, sebab kejap sangat!), maka kami dibawa Alvin ke Imjigak Park.
Perasaan? Alahai, dah ada theme park plak kat sini. Siap ada merry-go-round bagai. Biar betul....Masa ni Alvin sudah tanya, "Korang tak makan babs kan? Ayam boleh? Lembu boleh?"
Ya, harga tour termasuk lunch... Oleh kerana aku sangat tahap lapar gaban, terpaksa la menelan Vegetarian Bibimbap... telur la gantinya...haish masa ni kalau tak makan, rasa rude plak depan orang sana, sebab mereka menunggu la kami untuk sambung tour kedua..
Spot yang dibawa selepas melepasi kawalan DMZ ni adalah Dorasan Station.
Sempat bergambar dengan askar-askar korea di sini. Tabik la orang South Korea, belum apa pun, dah ready dengan stesen Korail ke Pyeongyang walau tak dapat lampu hijau lagi. Dalam hati rasa nak jer chop passport dengan cop Dorasan-Pyeongyang tu kan buat tanda kenangan, tapi tour guide kata, kalau nak balik Malaysia, siaplah kalau kena tahan dengan imigresen South Korea...Ya, kalau rail kete api ni dapat disambung merentasi North Korea dan masuk ke Trans Siberia dan seterusnya ke London, say goodbye la all the shipping companies untuk South Korea export Kia ker Hyundai ke or barangan mereka ke Zon Eropah... tader pakai kapal-kapal laut dah... masa tu kita kita ni kena la ready dengan anggapan climate ekonomi boleh berubah mendadak begitu sekali, they are paving ways to export their product in cheaper and competitive ways. Malaysia? Jepun? Singapore? hah, menteri-menteri sekalian, sila amik perhatian yer.
Sempat mengambil gambar askar-askar muda South Korea berehat dan makan ais krim.. .Kesian depa ni, muda muda dah kena wajib join millitary service, paling cikai pun 20 bulan.. .belia muda remaja kita? Masa ni kita sebuk bergolak dengan Bersih 3.0... cubalah kalau mereka ni kita kerah jaga sempadan... Mengikut kata Alvin, tahun lepas askar North Korea ada buat pedajal pegi tembak pulau kat area Ganghwa tu.. .adalah askar-askar dan orang awam yang mati.. .tapi takdela kepoh masuk CNN, BCC, Al-jazeera kan? Impaknya kalau kecoh, askar Amerika memang get ready nak masuk campur tapi South Korea ni kan kena juga menjaga periuk nasi mereka... kalau bergolak perang, tak ker menghancurkan usaha mereka yang nak majukan negara bertahun tahun tu kan? Malaysians, take note...if we can control our troubled deep water without any possibilities of outsiders to come interfere, I think we can take good example from this situation. nanti jangan menang sorak, kampung tergadai! Fikir fikirlah!
Kenangan yang tak boleh dilupakan berada di Dorasan Observatory adalah apabila cubaan meneropong kawasan North Korea, tetiba terpacul Bendera North Korea yang tegak berdiri dan paling besar berkibar aku penah tengok, deymmm! Ala-ala Jalur Gemilang kat Dataran Merdeka tu... Pastu alih sikit teropong, ada jugak bendera berlawanan, bendera South Korea...gila seh... macam bertanding menandakan jajahan takluk, tak boleh belah punya! Ha Ha Ha.... Masa tu aku rasa masing-masing macam nak tunjuk sapa la yang paling berkuasa... haish... bila fikir, betul gaks, kalau sorang tak buat hal, sorang lagi pun takkan nak cool jugakkan... begitu juga dengan kita... tiada yang salah dan tiada yang betul....
Askar dan periuk api...Rupanya dalam kawasan ni ada lagi tinggalan periuk api... haish.... seram sejuk jugakla sebab kalau nak banding dengan kawasan di Vietnam, taderla extreme macam ni, tapi bagus gak ada periuk api yang masih tak didefusekan.... pengajaran kepada golongan muda belia, kebebasan tu tak semestinya disalahertikan sebagai kebebasan sebenar dan hakiki... ada lagi yang masih berparut dari sejarah lama yang harus direnungi.....
Setelah melawat Observatory tower, kami di bawa melawat ke The Third Tunnel... apa itu the third tunnel? Rupanya ada cubaan mengorek ruang bawah tanah untuk masuk ke kawasan South Korea oleh tentera North Korea untuk menakluk, katanya... betul atau tidak, tatau lah kan... mana leh caya bulat-bulat, kot dah lama tunnel tu ada, kita tatau... Pengalaman masuk Tunnel? Wah lagi hazab babe dari Chu Chi Tunnel, Saigon... bukan dari segi saiz, tapi kejauhan dan kedalaman tunnel ni....aku respek la sapa yang korek... kira kalau ikut bukan senang woo... siap air dari batu-batu kat atas menitik... boleh mandi la kalau sehari dok kat dalam tu.... seb baik kami tak pancit kerana telah melalui latihan panjat gunung secara singkat di Jeju!
Kawasan DMZ yang dipisahkan dengan Sungai.
Imjigak Park. Kelihatan barisan kereta yang diparking berderet dan ada satu taman tema mini di dalamnya....
On the way balik Seoul, kelihatan kawasan Sungai yang dipagari dengan barb wire dengan post kawalan....haish kenangan pegi Nara-Pattani tetiba bermain di kepala....
Salah satu kereta kebal yang dipamerkan di Ganghwa Peace Observatory....
Penulis dengan pemandangan kawasan North Korea di belakang... haish... dah tak boleh buat overland crossing, kira ni lah yang boleh diambil buat sebagai kenangan.....
Sebagai tanda kenangan, aku membeli sehelai T-shirt dan mess tin cup comel di Imjigak Park ... alahai, rasa kalau lawatan ke Panmunjeom dibuat juga, maka lengkaplah keseluruhan DMZ tour tapi apakan daya, masa amat mencemburui kami....Mungkin di lain masa, Insyallah....
No comments:
Post a Comment