Tuesday, May 22, 2012

DMZ - Part One

Cadangnya takder dalam itinerary, tetapi rasa Seoul tu macam simple sangat nak redah, lepas melawat Namsagol hanok, Namsan Tower dan istana Gyeongbuk, rasa tader sangat nak ke Nami sebab Jeju lagi fantastic rasanya.

So setelah membelek belek brochure di guest house, kami bercadang nak melawat DMZ. Bila lagi kan?

Maka, dengan bantuan si Choy, empunya guest house, kami bercadang untuk mengambil full day tour to DMZ...gamak la melayang dekat 136,000 won bersamaan RM350 seorang. Aduss, bocor poket sebab aku kaver utk anak sekali (dah dekat RM700) , tapi kenapa mahal benor? pikir punya pikir rasa takpelah, sebab dah sampai Korea, nak pegi lagi belum tentu poket menebal kan, so next time, sapa-sapa nak pegi, carilah atau survey dulu yang terbaek!

Yang menyebabkan mahal DMZ tour ni kaver Northern Line Limit (NLL) di Gyeonggi Province. Apa keistimewaannya?

Berbanding dengan DMZ, yang mana apa yang anda lihat di luar sana, kebanyakkan penempatan yang diteropong adalah rumah-rumah "fake" , tader pun warga North Korea tinggal di dalam rumah-rumah itu. Kalau di NLL, ya, kita boleh nampak la rakyat negara yang sebenar dan cara hidup mereka.

Bayar RM350 utk tengok cara Rakyat North Korea hidup... adusss....adalah tourist trap terbesar kami di Korea setakat ini! Terasa macam loser jer ahahhahahah. Dalam kesedihan, kami pun layan.... 

Di sebalik terasa loser itu, nasib baik van tourist guide kami, Alvin sangat super selesa.... dan Alvin dalam slang bahasa Inggeris Amerika, sangat friendly dan very informative... first time jumpa Korean yang laju berbahasa Inggeris....dapat la satu dua info pasal kehidupan rakyat korea selatan terkini seperti kenapa rumah kat sana mahal sangat, kehidupan berkasih-kasihan macam citer drama korea yang kita dok tonton dan tekanan lelaki korea dalam alam rumah tangga hahahahahhaha.



Ganghwa Observatory





Disebabkan jalan raya sesak menuju ke Gyeonggi, maka waktu lawatan ke Ganghwa Observatory sangatla singkat sebab nak kejar another DMZ half day tour. Aku agak tak puas hati la sebab terkejar kejar bila ikut tour ni, tapi nak sampai NLL, kena ikut tour agency sebab kami masuk Restricted Civillian Areas since they got special permit to enter. Untuk makluman, tak semua warganegara dunia dibenarkan masuk. Sebagai contoh, warga Iran. Kalau ada cop passport masuk Iran pun, kemungkinan macam payah, sebab kawasan kawasan DMZ, Panmunjeom atau NLL ni rupanya kawasan sekutu askar Amerika. Cess... tapi kat brochure mana berani letak nama negara yang rakyatnya tak boleh masuk, so please refer to tour agency before booking. Ya, pada masa ni, aku pun dah macam berbelah bagi nak masuk Iran, katanya, kalau ada rekod, susah plak nak dapat visa masuk Amerika... aduss..... 



Tada... inilah perkampungan North Korea yang dimaksudkan. Kalau tengok melalui teropong, anda akan nampak rakyatnya bertani, rumah dia sama jenis dan kaler, cara dia bercucuk tanam... memang sangat simple ok... baju pun tader kaler kaler bagai... sama jenis ja... haish masa ni maki diri sendiri sebab tak bawak super zoom lense.. kalau dak cantek gambar!

Bersambung... (entry sebelum masuk kerja ehhehehhehe)

No comments:

Post a Comment