Saturday, November 17, 2012

Nepal Trip (Part I)

Payah jugak nak mencari pakej pelancongan yang  terbaik ke negara ni. 

Asal nak buat sendiri itinerary tapi memandangkan waktu suntuk, aku pasrah. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya tak sampai petang dah mendung pulak. Banyak kekurangan yang aku nampak dari negeri bergunung ganang ni. Untuk melancong negara x seberapa maju ni, kenala berfikiran terbuka, tak cerewet dan sentiasa berlapang dada. Paling tak best bila tour pakej dibayar sudah mencapai USD800 seorang tapi servis macam hampeh.kalau ku tahu better backpack dengan upah pemandu. Takpela pengajaran buat lain kali, jangan terlalu percayakan orang dan senang menerima maaf kalau orang lain buat silap. 

Bagi aku, Nepal masih belum bersedia dari infra dan mentaliti rakyatnya menerima kebanjiran pelancong Asia yang mengharapkan percutian mudah tanpa kena diputar belit oleh tour operator serta peniaga di kedai di Thamel Street tu. Mentality mereka sgt teruk bila taim bargain bargain tu, cekik darah sungguh.aku lebih rela bertawar ngan pekedai kain sutera di thailand, lagi accomodating. 

Nepal lagi sesuai untuk menikmati pemandangan semulajadi melalui trekking atau white water rafting. Bagi beragama Buddha dan Hindu, ia juga destinasi sesuai untuk ibadah mereka dan kepada yang menikmati sejarah, ok jugak. Antara tiga tempat yang dilawati, paling tak sangka Chitwan adalah destinasi paling menarik selain Katmandu. Pokhara? Perjalanan ke sana akan disajikan panorama gunung ganang yang indah bersama aliran sungai trisuli yang sesuai untuk white water rafting. Apabila sampai di Pokhara, lebur jugak hati. Taman Tasik Taiping is a lot better dari segi attraction dan landscaping.

Yang paling boleh diharap di Pokhara adalah sunrise view di Sarangkot sahaja. 

Pemandangan indah dari Kathmandu ke Pokhara

Sunrise di Sarangkot. Kelihatan berbondong manusia memenuhi bukit ini

Fishtail Mountain, Annapurna di waktu pagi.....

Driver aku dan bini yang mengikuti rombongan ini, Kumar dan Anzu

Pemandangan semasa boating di Tasik Phewal Tal, Pokhara

Durbar Square, Patan, Kathmandu. Ukiran zaman silam 2000 sebelum Masihi

Moment memandikan gajah di Chitwan National Park.

Boudha Nath Stupa, salah satu tarikan wajib dan merupakan shot "Lonely Planet" kami!

3 comments:

  1. hi dear,

    tertarik ttg ur trip ke nepal...tp btl u ckp...mmg susah nak dpt info dan pakej yg terbaek utk ke nepal ni. dorg masih belum bersedia utk terima kehadiran org luar..mgkn dorg masih kurang sedar yg pelancongan boleh boost economy negara dorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelancongan lebih kepada eco adventure, maka expectation akan menjadi lain jika kita hanya mau bersiar siar. Untuk wow factor, lebih kepada ekspedisi lasak atau roadtrip, kita disajikan pemandangan menarik. Shopping? hmmms, rasanya tidak.

      Delete
  2. http://www.nepalguideinfo.com/Everest-Base-Camp.php
    http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-nepal/trekking-region/everest-region/everest-base-camp.htm
    http://www.nepalguideinfo.com/
    Email-:sanjib-adhikari@hotmail.com
    https://www.facebook.com/Independenttrekkinguidenepal?fref=ts

    ReplyDelete