Tuesday, January 28, 2014

Istanbul Aku Datang 2014

Lawatan kerja yang tidak dijangka tetapi alhamdulillah rezeki setelah hampir dua tahun di kementerian, dapat jugalah merasa berjalan ke negara orang. 

Pemergian kali ini mengiringi delegasi yang mempunyai visi dan misi yang perlu diselesaikan. Sebagai officer, aku belum pernah melakukan tugasan sebagai pengiring atau sebenarnya co-ordinator pasukan ke luar negara, maka agar gusar juga hati ku ini. Berbekalan pengalaman berjalan sendiri membawa beberapa rakan ke beberapa buah negara, cuma kali ni level boss-boss, expectation tu agak tinggi kerana negara ini tidak pernah ku jejak, tambahan pula kesibukan menyiapkan tugasan persediaan tidak membolehkan aku membuat kajian mendalam. Mengharapkan kedutaan Malaysia di Ankara dalam tempahan hotel dan pengangkutan, aku serahkan sepenuhnya kepada Encik Syahrul, pegawai yang menguruskan logistik. Alhamdulillah semuanya lancar.

Penerbangan ke Istanbul mengambil masa hampir 11 jam dari KLIA. Lega kali ini penerbangan boleh ditingkat tarafkan kepada kelas perniagaan. Maka tidak perlu lenguh lenguh badan untuk duduk di dalam pesawat. Pada mulanya aku juga tertanya bagaimana nak mengelakkan jet lag sebab tak pernah naik pesawat lebih dari 8 jam. Setelah dikira dari waktu bertolak iaitu jam 12 malam, dan tiba di Turki jam enam pagi, aku andaikan baik aku layan tidur jer sepanjang penerbangan kerana bila pagi itu kami sampai, kami akan segar bugar untuk pergi ke destinasi seterusnya. Macam naik bas ekspress dari Kota Bharu ke Seremban. Dulu dulu di TKC, kalau naik bas malam macam ni lah keadaannya. Bila dapat dinaik taraf kelas penerbangan, kemudahan lain seperti Golden Lounge sudah tentu tidak dilepaskan. So, aku cepat cepat bertolak dari rumah ke KLIA. Dapatlah duduk sejam dua sambil melayan emel emel saat akhir dalam persediaan mesyuarat kami.

Dataran Taksim..pernah menyimpan sejarah perhimpuan membantah cadangan Kerajaan.

Tiba di Atartuk International Airport, urusan imigresen ternyata mudah dengan Priority Pass untuk penumpang kelas perniagaan. Yang lain terpaksa beratur panjang. Maka boleh disimpulkan sekiranya ingin merasa keselesaan, jika ada lebihan, bolehlah dibelanjakan kepada perkara sebegini. Tetapi sebagai seorang traveler yang tidak suka mengikut rombongan, tidak mengapa kot beratur panjang.Nak kejar apa kan?

Alhamdulillah urusan bagasi di lapangan terbang ini amat mudah, kami terus keluar untuk menaiki van yang telah ditempah kedutaan menuju ke hotel penginapan di sekitar Taksim Square. Pada mulanya aku tidak menempah hotel berhampiran kawasan Sultanahmet (tumpuan ramai pelancong) seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan. Boss kata cuba cari this hotel, dengan namanya kerana sangat direcommend oleh orang wisma putra. Rupanya ada keistimewaannya menginap kawasan ini. Nanti aku cerita.

Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa kurang setengah jam. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kawasan perumahan rakyat Turki yang rata rata tinggal di apartment bertingkat rendah tetapi buatannya elok sekali dari rekabentuk dan bercita rasa mewah. Aku amat kagum dengan pembangunan pesat Istanbul kerana bagi kota yang banyak menyimpan sejarah silam, pembangunan mungkin terhenti kerana kekurangan tanah atau kawasan. 

Apabila kami tiba di Hotel Marmara Taksim,  kami check in baggage dulu kerana kebanyakkan bilik masih berstatus ready untuk dihuni. Maka ketua delegasi, Mr. Ravi mencadangkan kami refresh dulu untuk bersiar siar di sekitar Istanbul.

Rumah rumah di Kota Istanbul rapat rapat dan padat padat...


Pemandangan dari kamarku di Marmara Taksim... sungguh indah Kota Istanbul. Bilik ku mengadap lautan Marmara...


Mengabdikan kenangan di Dataran Taksim bersama seorang boss, Cik Norzita


Sebenarnya, lokasi hotel kami betul betul strategik. Kenapa? Kerana ia adalah berhampiran dengan shopping district dan sangat accessible  ke Sultanahmet untuk melawat tempat tempat bersejarah melalui tunnel train dan tram. Area Taksim Square ni ala-ala Bukit Bintang. Bak kata seorang ahli delegasi, jika malam terasa sunyi, boleh turun minum kopi dan melayan gelagat rakyat dan pelancong berpusu pusu terutamanya pada waktu sale. Kalau rasa keperluan nak mendapatkan pakaian, kasut atau apa apa yang diperlukan, memang disyorkan tinggal di kawasan sebelum ke destinasi lain di Turki. Boleh bandingkan harga di sini dan tempat lain. Kiranya tidak rugi lah kami menginap di sini kerana ternyata aku memerlukan sepasang kasut kerja dan cuba teka harga yang diperolehi dengan kualiti menyamai hush puppies atau Snow Fly brand? 20 Lira sahaja. satu lira bersamaan 1.5 ringgit, lagi murah daripada matawang Singapura. baru dok ada dekat RM30.  amik ko! Kiranya Indirim atau "Rebate" yang ditawarkan semasa sale memang buat shopaholics akan lupa diri sekejap. Patutla ada rakan yang gila shopping kalau ke negara negara Eropah. Penangan sale begini memang orang yang bukan kaki shopping akan juga terheret sama. Mujurlah mak masih lagi ingat bahawa lawatan kerja perlulah dilakukan secara berhemah, bukan shopping gila sakan. Okla sambung cerita berjalan.... 
Kami mengambil keputusan untuk menaiki pengangkutan awam iaitu train di bawah tanah dan juga sambungan melalui Tram ke Sultanahmet. Harga tambang agak mahal kerana memerlukan dua token untuk kedua dua jenis pengangkutan satu hala. Satu token memerlukan tiga lira =RM4.50. Pegi balik adalah RM18 hokeh. quite expensive la sebab jarak pun bukan jauh sangat tapi tak sanggup la nak menapak. Kiranya kalau nak murah carilah apa apa offer tambang pass seharian ker, tapi mak tidak lah membuat kajian menjalan. Asal dapat jalan cukup. Stesen metro terletak betul betul di hadapan hotel iaitu di Taksim Square sendiri. Memang accessible. Cuma nak pesan, ala ala korea, kene la memanjat tangga yer. tiada lif utk yang kurang mampu dan berdaya. 

keistimewaan sistem metro Istanbul adalah binaan dinding yang menyimpang sejarah silam. Mengingatkan mak pada dinding tunnel subway Sydney juga, blok batu besar besar gitu yang pasti melambangkan sistem metro bawah tanah yang lama telah bertapak. 

Mungkin mak ni tidak begitu expose dengan sistem keretapi bawah tanah, tapi yang mak notice, tunnel di Istanbul ni tidak la rata permukaannya seolah olah train bergerak menuruni curam dan menaiki curam... sebab tu pada mulanya sangkaan mak hanya mak rasa macam tu so bila ditanya ahli lain, baru kami perasaan. Sorryla mak tak berkesempatan mengambil gambar sistem rel mereka. Bagi surprise sikit kepada readers yang nak pergi. Oh ya, kami tidak menaiki kereta api metro tetapi mengambil Funicular. Jalan singkat dan ringkas.

Route ke Sultanahmet, bagi yang mahu bermula dari Taksim Square adalah sebegini,

Taksim ( funicular) ---> Kabatas -----> naik tram dari Kabatas ke Sultanahmet

Untuk ke Spice Market (Egyptian Bazaar),

Taksim (funicular) ----> Kabatas -----> naik tram dari Kabatas dan turun di Eminonu (sebelum Sultanahmet).

Rujukan tambahan boleh diambil dari sini :

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Ibb_metro.jpg

http://www.istanbultrails.com/2009/08/getting-around-in-istanbul-by-metro-tram-and-funicular/

Berdasarkan pengalaman bos-bos yang pernah melawat Istanbul, adalah digalakkan pegi ke area Sultanahmet dulu iaitu Hagia Sofia/ Blue Mosque/ Topkapi baru layan Grand Bazaar dan seterusnya Spice Market. Aku notice antara Grand Bazaar dan Spice Market, Grand Bazaar terletak pada kedudukan lebih tinggi sedikit maka kalau nak menapak baik turun daripada mendaki. Begitulah kaedahnya. Unless korang sanggup mendaki,  tapi bagi mak nak mendaki cuaca sejuk tader masalah, yang cuma agak rimas adalah lautan manusia tu, kot kalau rasa sesak, haruslah bertabah sahaja.

Mak bagi tau siap siap supaya sapa sapa nak pegi, pakailah kasut yang selesa, sebab berjalan ni kalau yang tumit tinggi tak sesuai atau pun bersandal... silap ari ada yang beli kasut di tengah jalan ehheheheheh.

So, tidak mahu membuang masa, layan lah gambar gambar di bawah ni. 

The Blue Mosque, Masyallah kagum melihat rekaan di luar sahaja
Blue Mosque.. rasa macam tak percaya dah sampai. Alhamdulillah
Pelawat berpusu pusu masuk.. tiada bayaran di kenakan...


Mengabdikan diri di dalam gambar, saya mau pergi lagi....
Bergambar di hadapan Hagia Sofia.
Hagia Sofia yang bersebelahan dengan Blue Mosque.Bayaran masuk adalah 11 lira kerana ia adalah sebuah museum.
Pemandangan area Sultanahmet.. ramai pelancong ditawarkan pakej menaiki bus hop on hop off, harga sendiri kene survey. selain itu ada pakej dua dalam satu seperti River Cruise dan City Cruise.


Area Sultanahmet yang mempunyai deretan kafe kecil, hotel yang kiut dan berpatutan.. sesuai untuk pelancong yang ingin sedikit kedamaian...
The New Mosque, sebelah Spice Market, satu minaret sahaja.....
Berada di dalam Grand Bazaar. Perasan? Teruja sebab ini adalah satu pasar yang diidamkan untuk  masuk. Sediakan  duit secukup rasa jika mau memborong pinggan mangkuk, barangan kulit, karpet atau souvenirs yang lain.

Setelah berlegar legar di hadapan Hagia Sofia, kami ambil keputusan untuk skip kerana line beratur panjang, dan kene at least spend dua tiga jam melayan taktala para boss mau bershopping, kami pun berjalan menuju ke Grand Bazaar. Kira ada turun naik bukit jugaklah tapi tak mengapa, sebab sambil berjalan sambil menjamu mata. 


Untuk melayan Grand Bazaar, dicadangkan untuk mendapatkan map agar senang nanti mencari jalan keluar. Aku pun tak berapa pasti gate mana yang kami masuk, sebab Grand Bazaar ni ada banyak gate, dan Gate keluar ke Spice Market dah hafal siap siap. Gate 15 ehheheheh. Barang yang dicari pun terletak di Spice Market maka di Grand Bazaar ni kureng perhatian lah sikit Jenuh jugak nak lelama di dalam sebab barangan di sini banyak pilihan. Agak rambang mata tapi dalam hati kata, menyesal tak simpan duit shopping ehehhehehe.



Ehsan dari seorang blogger. Boleh google untuk map yang lagi terang dan lebih menerangkan

Oh ya, sebelum tu nak bagitau, kawasan menjual tekstil terletak di luar Grand Bazaar menuju Spice Market. Banyak kedai di kanan kiri jalan - kedai jual kemeja, t-shirt, pakaian dalam, pakaian pengantin, kasut beg tangan kulit, meriah u olls... Bagi yang nak makan, ada gerai kebab dan gerai jus delima segar. something different kan. Alhamdulillah di sini makanan yang dijual halal halal belaka. Tak perlu pening pening tanya.

Aku pun turut membeli beberapa helai kemeja untuk hubby. Kes? sebab saiz dia memang ada. tu yang grab ajer.Kualiti kemeja pun not bad, lot better than what you can find in mydin, between alain delon dan Bonia gittew tetapi ni jenama local turkey. so kalau rasa nak shopping kemeja kapas, skirt atau jubah yang elok sikit, boleh lah start merancang. Sebagai contoh, kemeja lelaki dari kain kapas boleh dibeli sekitar 15 lira (RM22.50) gittew. Murah betul. Pelbagai warna dan corak. Jubah yang kain tebal paling murah dalam 40-50 lira. You figure. Kesimpulan, Istanbul memang heaven untuk shopping.

Tiba di Spice Market, aktiviti membeli rempah, Turkish Delights, dan lain lain barangan dimulakan. Harga di sini lebih murah sikit dari Grand Bazaar, cuma kurang sikit pilihan. Tapi tak mengapalah sebab dah rancang itu jer yang nak dibawa balik. 




Apabila telah memborong apa yang patut, kami pun bertolak dari stesen train Emonomu  yang betul betul terletak di hadapan Spice Market menuju ke Kabatas dan mengambil furnicular ke Taksim Square, area hotel kami. Kaki pun dah lenguh lenguh, badan perlu rehat dan kami perlu bersiap untuk ke Ankara keesokkannya. Ada satu lagi post mengenai Old Town Area yang akan dimasukkan kelak.

Secara keseluruhan, Istanbul ternyata mudah untuk dilawati secara backpacking. Yes, dua atau tiga hari pun rasa berbaloi nak buat self tour jenjalan kemudian amik pakej river cruise dan city tour.

Saranan kalau mau sedikit privasi dan takmo bising bising, bolehlah menginap mana mana little B&B di kawasan Sultanahmet yang ada harga sekitar 40 euro semalaman. Bilik pun bersih dan elok elok sahaja. Makanan alhamdulillah halal, tak payah macam di Korea, orangnya ramah dan bila sebut nama Malaysia, semua  macam kagum.

Ya lupa juga nak bagitau, penjual di Grand Bazaar rata rata tahu berbahasa Melayu. Awas, jangan termakan pujuk rayu sudah. ehhehehehehhe

Till then.....

Sunday, January 12, 2014

Short Work Trip

At this moment, I am having a short work trip to Istanbul.


Will be back with some stories. :)