I dunno whether it is appropiate to jot down here but i really need some time to think about travel plans for this year. Bak kata orang, nak travel memerlukan fulus, maka haruslah difikirkan apa kaedah mendapatkannya, ye tak. Unless the trip is all paid, yg pegi bawak badan jerla. This year is the year for me to travel broader for work. Leisure? Mungkin mampu utk rantau ASEAN. Duit pun kene simpan utk kawin. Dah sampai la masanya nak pegi berjalan berdua atau bertiga, asyik tengok orang seronok, aku pun mau jugak. Tapi plan itu mungkin ditangguhkan ke 2014 sbb tuan empunya badan katanya, nak balik sana at least standby la RM5k. Huhu. Anyhow, setelah dicongak dan intip intip dengan para boss, berkemungkinan besar inilah yg akan terjadi:-
FEBRUARI 2013 - LEGOLAND, HELLO KITTY, JB (TRIP BAWAK ANAK,melengkapi must have for theme park section).Walau ramai yg dah pegi kata Legoland adalah panas, takkan nak tunggu Malaysia ada musim spring atau autumn, baru nak pegi kan?
APRIL/MEI 2013 - Insyallah, ANKARA, TURKI - trip keje yg aku rasa agak tidak best sbb sorang kawan akan ke kursus jangka panjang. Yg jadi pecacai angkat beg adalah saya. Great place for leisure travel tapi for work aku rasa berserabut la kapla sbb nak menyediakan line roaming yg mantap, nak menyusun bagai. Being a junior coordinator for this mission adalah menjadi cabaran yg paling pahit dan manis so far. Apa apa pun aku mau jugak bawak balik Turkish Delight dan karpet Turki, muahahahah.
MEI 2013 (penghujung) - masih dlm perancangan.BALI, INDONESIA. Trip bersama geng lepak and housemate.all girls vacation for weekend getaway. Kami cadang nak tunggu jer pelancaran Malindo Air tu, manalah tau ada promo gila gila bak inaugural Ke Sydney oleh Scoot Singapore. Xpun naikla apa jua flight asal kami pegi ke mana mana.
JULAI-OGOS 2013 - Insyallah, NEW DELHI, INDIA. Trip keje, mungkin aku jugak akan mrnjadi pecacai angkat beg dan fail. Xperla, aku teruja sebab kawan aku ada kat sana di Kedutaan Malaysia. Kawan baik laks tu. Yeay. Penat woo jaga desk India,nila masanya aku nak membalas dendam sbb dah letih stayback deal with the Customs there ari ari.
SEPTEMBER - DISEMBER 2013 - kosong. Doa byk mintak bos antar kursus jauh jauh.ehehehe.
JAN/FEB 2014 - PAKISTAN - trip balik kampung lawat sedara mara, peshawar, karachi dan lahore dan juga some trip melawat banjaran Karakoram, banjaran gunung K2. Yg ni aku paling teruja. Sbb apa? Aku ada rancangan nak buat broder crossing ke Kabul,Afghanistan, boleh?. Kampung betul-betul sebelah sempadan Pakistan-Afghan, 40km from the border, you!. Whoa, che abe dah janji sbb dia kata xder hal. He is a pashtun, bahasa sama, xder masalah. Yg penting, clearance cukup, doa bebanyak for this one supaya selamat. The only thing i need to do is wearing Burqa most of the time, self drive and my registered name to travel there will be something kinda poyo but nice - Jazmin Nasir Khan (JNK). Layan. Yang ni aku look forward, biarla aku nak berangan angan dari sekarang, boleh?
So what is your travel plan?
Pemandangan indah dan bersalji dari rumah NK. Winter 2012. X sabar den nak wat adengan ala citer Fanaa, lakonan Kajol and Aamir Khan. X pun Bella dan Edward melayan keindahan hutan pine? Muahahhahaha
No comments:
Post a Comment