Sunday, November 25, 2012

Nepal Trip (Hari Pertama)

Kami menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Kathmandu, seawal jam 9.00 pagi dan dijangka tiba jam 11.50 pagi waktu tempatan Nepal (2 jam lewat dari waktu Malaysia).

Perasaan menaiki pesawat MAS kali ini tidaklah begitu mengujakan kerana penerbangan 4 jam dengan pesawat yang agak kecik (saiz 737 jer) berbanding pengalaman menaiki Airbus AirBus Air Asia X ternyata berbeza. Nak ke tandas pun beratur lama sebab tandas tak banyak..


Too bad, compared to flyscoot.com ari tu, MAS agak dah drop la dari segi layanan. Bukan faktor hensem ker lawa cabin crew, tapi kalau dah abis jus kat troli, toksahlah bitchy kata geng troli sebelah mengebas. sangat tak pro. kita nak fuss free service, taknak dengar masalah korang, ahahhahahahhaha.

Raja Garuda menyambut di pintu ketibaan... Bukti? yang bersayap tu la namanya Shiva dalam bentuk Garuda.... rupanya Garuda tu perkataan standard orang sana.... sebab tour guide kata, dah ada Garuda Airlines yang dia tau Indon punya muahahhahahahha
Setibanya di airport, proses mendapatkan Visa On Arrival (VOA) bermula... untuk lawatan selama 15 hari,  yuran adalah USD25. amek ko, 15 hari jer. kira buat duit keje kerajaan Nepal ni. Kat situ dah nampak cekik darah sebab kalau trekking pasti 15 hari tidak mencukupi untuk cover visa tu. Rate mengikut hari tapi aku tak amik port sebab bukan nak lama. 8 hari cukup.















Setelah kami keluar dari pintu airport, dah nampak dari gate, nama aku dah kat kadbod yang pasti kalau pegi tour, memang macam tu la kekdahnya, ada yang menyambut . Mak jemah bukan apa, nak pegi buat itinerary sendiri tak berapa lagi terer untuk negara macam ni, kene yang dapat kaki putar alam, potong terus mood bercuti. Alhamdulillah, si Ram, owner tour agency menyambut kami dengan senyuman dan sebuah van yang super selesa gayanya. Terasa macam orang kaya kaya jer travel sebab van di atas untuk kitaorang tiga orang jer... masuk bandar Kathmandu, lagi la terasa, sebab van sebesar van kami, sarat ngan penduduk tempatan macam tin sardin, kami pun takleh buat apa. tengok jer.

First time in my life, seeing a very chaotic city. insaf terus. betapa trafik di jalanan menggila waktu puncak di bandar kathmandu. bunyi hon bermaharajalela. Traffic light tak dak, yang control trafik adalah polis trafik sendiri. Satu pengalaman yang sangat berharga. Kalau tengok kepadatan penumpang sesuatu kenderaan, kot accident teruk, memang tatau sapa punya kaki tangan badan dan kepala kalau dah bekecai kecuali penumpang yang dok atas bumbung bas sebab dah tercampak dah kat mana, nauzubillah nak jadi macam tu, memang takdak safety feature langsung in their public transport. kira tanggung sendiri la risiko nak naik bas mereka. Nyawa macam takder harga. Sorry babe, aku tak rela.  Memang betul kata Lonely Planet, Kathmandu itself a maddening town!

Kami dibawa ke hotel yang direquest oleh aku sendiri, Hotel Samsara di Thamel Street sebab berdasarkan syor kawan yang dah pegi Nepal dengan syarikat tour yang sama. Lantakla kalau nak kene bayar hotel elok sikit, sebab i tell you, yang agak affordable dari USD85-USD90 semalam, standard dia lagi rendah dari Hotel Bajet ala Tune Hotel tu.  Bantal dan tilam toksah cerita, lagi best rumah aku punya yang pasti. 4Cuma ada breakfast jerla. layan. Malam tu kami merayau di sekitar Thamel membuat window shopping barang yang nak dibeli tapi terbeli jugak sebab tak tahan tengok.

Entrance Hotel Samsara. Sorry wa tak dapat nak rotate gambar ni.....deretan pokok marigold dan daisy menyambut kedatangan kami ke sini. 
So keesokkan harinya, setelah termakan pujuk rayu Ram, kami bercadang untuk mencuba Mountain Flight ke Everest. perasan orang kaya sungguh sebab kalau tak layan rugi plak sebab cuaca sangat best dengan tiada awan yang melindungi puncak, kira the best season nak layan flight ni pun. Harga mountain flight ni, USD170 untuk penerbangan selama 55 minit mengelilingi banjaran, telan air liur kejap, tapi cuba pujuk hati, bila lagi kan? Bukan senang gak nak mendaki Everest semata mata nak tengok puncak dari jarak dekat, maka bila difikir faktor kewangan, masa dan tenaga empat kerat nak mendaki, layan jerla sebab tak nak susah susah.  nak daki ke Everest Base Camp pun dah dua minggu. Ni kira express rakyat la.

Seawal jam 5.30 pagi, cuaca pun dah terang macam pukul 7 waktu Malaysia, kami dijemput oleh Kumar, pemandu van kami ke Lapangan terbang Domestik. Perasaan? ahahahah tak leh nak describe tengok local airport mereka. Kalau ko rasa LCCT tu macam Pudu Raya, yang ni macam ko nak masuk Pasar Siti Khadijah ahahhahahahahh. Bersih
Lapangan terbang domestik yang bersebelahan lapangan terbang antarabangsa mereka. sebelah tu Kem Tentera Udara Nepal.
keadaan di dalam lapangan terbang domestik. first time aku tengok scale penimbang baggage nak check in tu sebijik macam penimbang sayur kat hotel tempat keje lama aku kat shangrila, elok rata jer penimbang tu. tader roller nak punggah masuk pesawat, pakai manual labour yakni ada petugas kat belakang check in kaunter angkat. oh ya, setiap penerbangan domestik dikenakan airport tax sebanyak Nepal Ruppee 200, bersamaaan RM7.40.
Rupa pesawat kami yang comel molek tu. sebelum nak naik, kene naik mini bus ke sini dan setiap penumpang akan dapat window seat untuk tengok banjaran Himalaya. Penerbangan kali ini menggunakan Guna Air. Kembang kawan aku yang nama Guna tu sebab ada penerbangan sendiri ahahhahaha. Kalau ikut Lonely Planet, kebarangkalian terhempas pesawat tu memang ada tapi disebabkan cuaca buruk, tak da sejarah kata mechanical faulty, ceh saja bakar kawan yang nak pegi. Kalau tak elok, memang tak dibenarkan berlepas. Agak takut jugak, tapi kami kan adventerous katanya... Terus aku tak pikir panjang baca Bismillah nak naik.... 

Keadaan di dalam pesawat ringan ini. dari seat dah nampak cockpit. jangan terkejut kalau anda dibenarkan untuk pergi ke cockpit secara bergilir sebab semasa menuju ke puncak Everest, memang ia akan berada di hadapan mata, seolah olah pesawat ni nak langgar. memang best woo... macam citer zaman zaman dulu ya.


Pesawat menghampiri banjaran Himalaya yang agak panjang dan puncak puncak gunungnya boleh tahan banyak.



















Pesawat akan membuat pusingan untuk memastikan semua penumpang mendapat chance tengok banjaran ni dari dari jarak dekat. ternyata kami terpegun sebab tak pernah tengok gunung dengan kecuraman yang melampau, memang terpegun seketika melihat banjaran himalaya yang hampir diliputi salji. Nasib baik aku mempunyai telezoom lense yang membolehkan aku zoom dari tempat duduk merobosi tingkap kawan tu. tak payah nak berlari rebut window, boleh tak balance pesawat tu kan ahhahahhahahhahah
Subhanallah, setelah sekian lama aku menunggu, diberi peluang nak tengok Everest (puncak sebelah kanan)  jarak dekat... inilah puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8848 meter dari aras laut. cantek sungguh. Boleh bayangkan kesusahan nak mendaki sebab bukan semua yang mempunyai kudrat dan kemahiran yang diperlukan. Tergamam aku tengok sebab teringat citer 2012 yang konon kalau bah besar melanda, cukup makan jer puncak ni nak berdiri tanpa ditenggelami air. Kalau diberi peluang percuma naik Mountain Flight ni, aku nak repeat balik!
Salah satu banjaran yang juga menarik perhatian kami dengan kedalaman dan ketinggian puncak ini. Memang tak terpanjat den kalau disuruh mendaki. Curam benar!

tak boleh nak bayangkan betapa cantek banjaran Himalaya ni walau salji tidakla setebal mana tapi nak tengok mukabumi macam ni adalah Once in Lifetime! Rasa nak suruh jer kapal terbang tu mendarat bagi kami guling guling atas salji yang memutih tu, sebab memukau mata kami sangat sangat (mode jakun sebab tak penah tengok salji seumur hidup, ahahahhahah). Kira memang terbaek la sebab tengok salji dan glacier for the first time di puncak gunung tertinggi di dunia walau tak pernah pegang, kira lepas ni tak der kisah sangat pun kenkawan nak citer kehebatan swiss alp di Eropah or southern alps tu sebab yang paling best semua ada kat sini. cuma nak meluncur turun jer tak boleh, kan.  syukur di usia muda ni, antara penumpang penumpang pesawat, kami la paling muda, yang lain semua yang dah berusia dan pencen pencen. depa pun gelak tengok kami kecoh dalam flight. Siap sengih bagai sebab mereka jugak macam kami. terkesima. nothing can describe the feelings, chewah!
Kami diberikan peta mengenai puncak puncak yang terdapat di banjaran ini sambil dibantu oleh stewardess kecik molek yang menerangkan nama sekiranya kami melewati puncak puncak itu. Terasa diriku begitu berharga. Untuk mengatasi mabuk pesawat, tiada jus oren atau kacang diberi kecuali segelas air kosong yang dituang serta gula-gula. hmmmm takleh kata apa lar, limited budget kot. Yang pasti misi kami berjaya nak tengok Puncak Everest tu. Selepas pesawat mula meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke lapangan terbang, sekali lagi ujian kedua adalah pendaratan yang agak menjunam sedikit sebab landasan takderlah panjang sangat (Ya Nepal mempunyai 70 Airport, salah satu yang paling berbahaya di dunia sebab kalau tak dapat takeoff sure jatuh gaung punya).

Apabila pesawat mendarat dan pintu dibuka, setiap penumpang akan diberikan sijil yang ditandatangani pilot bertugas. Ya kami tak lepas peluang bergambar dengan pilot yang bertugas hari tu. First Officer dia dah cabut pegi mana ntah. Amcam hensem tak? Kira pengalaman menaiki Mountain Flight ni tak dapat digambarkan betapa cemas dan seronoknya sebab dapat melihat Everest dengan paling dekat. Yang pasti, ia merupakan salah satu attraction point kalau nak datang ke Kathmandu ni.
Bersambung........................

5 comments:

  1. kagumnya sy tengok puncak tu..mmg best...

    ReplyDelete
  2. mmg best, tapi kalau dapat hiking, kepuasan tu lebih bermakna kan?

    hopefully someday lah, u pun kene pegi ni ehehhehehehe

    ReplyDelete
  3. Everest Base Camp 14 days Full board package Trip
    Everest has always been the desirable name among all the people around the world, mostly the adventure lovers. To reach at an altitude of 8,848m is not an easy task; it requires a lot of hard effort and dedication. It can be the greatest achievement in one’s life, overcoming the fear of the harshness of the nature. Mount Everest is also known as Chomolongma which resembles the meaning as a mother earth. Everest was successfully conquered by Edmund Hillary and Tenzing Norgay Sherpa in the year 1953 for the first time. Following the same route discovered by them thousands of travelers each make an attempt to conquer the highest peak of the world annually. Though some of them became successful whereas some lost their life.



    Kind Regards
    Sanjib
    +9779841613822
    My facebook: https://www.facebook.com/sanjib.adhikari

    http://www.nepalguideinfo.com
    http://www.hikehimalayas.com
    http://nepaltreckingguide.jimdo.com/%C3%BCber-mich/

    ReplyDelete
  4. Everest Base Camp Trekking
    Everest region is popular all over the world for mountaineering, peak climbing, trekking and expeditions. Everest trekking is the adventurous place where you can find numerous trekking options in this region of a life time experiences to Everest Base Camp, Kalapatthar, Gokyo-Ri Trek, Gokyo Cho- La Pass Trek, Everest high pass, Everest Panorama, and in the Everest view points to capture the stunning views of the Mt.Everest.
    The main destination of many Everest adventure is to reach Everest Base Camp of about 5360m. You can find Everest icefalls, glaciers, many other eye catching mountains parallel to your walk in the base camp hiking but it’s the great Kala Patthar at the height of 5545m from where you highly enjoy the majestic views of Mt. Everest from a few minutes ascends.
    During ascend on the high altitude mountains; be aware of Acute Mountain Sickness (AMS) which is caused due to too quickly climbing to a high elevation. The symptoms like headache, vomiting and loss of appetite are common and must be immediately informed to the guide so that he could provide you some first aid treatment and provide you the further medical facilities
    Reputation for our highly professional staff guide and Porters, leaders, climbers and Sherpa’s, ... We were one of the very first helpfully , and kindly ..
    http://nepalguideinfo.com/
    http://nepalguideinfo.com/everest-base-camp-trek/
    http://nepalguideinfo.com/

    http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-nepal/trekking-region/everest-region/everest-base-camp.htm
    Email-:sanjib-adhikari@hotmail.com
    https://www.facebook.com/Independenttrekkinguidenepal

    ReplyDelete
  5. Harapnya dapatlah sampai ke Nepal tahun ni atau tahun depan. Macam best je dari cerita ni

    ReplyDelete