Sebaik sahaja kami menghabiskan Mountain Flight trip , kami dibawa pulang ke hotel untuk menikmati sarapan pagi.
|
Menu sarapan harian adalah lempeng dan sayur campur stir fry. menyihatkan. |
Selepas sarapan, maka bermula day tour melawat tempat tempat bersejarah di Kathmandu.
|
pemandangan pagi di Thamel Street. |
|
penat aku bergaduh mulut dengan pemandu tour. dia kata di spesies babi biasa, aku kata babi hutan ahahahahhahahahah |
Tempat pertama dikunjungi adalah Monkey Temple atau Syayambhunath, salah satu Unesco Heritage Site yang menjadi tarikan utama di Kathmandu. Perjalanan ke sana amat menarik kerana ia terletak agak jauh dari Thamel maka transport perlulah ada untuk ke sana. Kuil ini agak terpinggir dari ibu kota. Nak kata kuil tak jugak, ia sebenarnya tokong buddha, tetapi di sini buddha dan hindu diasimilasikan begitu sahaja, maka ia boleh menjadi kedua-duanya. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan keliling Lembah Kathmandu. The road can be a bit bumpy but it was pleasant with less traffic, thankfully it was quite a short journey to reach there.
|
Ramai pengemis mengemis di site ini. Terpulang nak sedekah ke tak :) |
Setibanya kami di kaki bukit Monkey Temple, suasana sudah meriah dengan penganut dan pelawat yang kebanyakkan datang dari pelbagai tempat, yang mana ada dari luar Kathmandu melawat kuil ini menunaikan hajat mereka. Suasana macam kenduri pun ada, sebab ada yang berkampung di luar kuil. kalau keadaan macam ni adalah hari biasa, tak taulah kalau waktu perayaan.
Van membawa kami menaiki bukit menuju ke entrance sebenar. boleh mendaki naik sendiri tapi tak dapekla mak, bukan devotee pun. entrance fee untuk local adalah 50 rupee untuk local dan 200 untuk tourist. Ingatkan bila sampai entrance, itulah point of attraction, rupanya kene mendaki jugak. Alahai, terpaksala kami mendaki untuk sampai ke atas dan akhirnya, memang berbaloi panjat ahahahahhahah.
|
Tinggi bukan untuk mendaki? |
|
Berduyun pelancong membanjiri kawasan ini, antara lukisan yang boleh dijadikan buah tangan. |
Perasaan sangat teruja menyaksikan suasana yang meriah di atas kuil ini. Masakan tidak, dah macam perayaan apabila dapat menyaksikan devotees melaksanakan aktiviti ibadah yang jarang kita nampak di Malaysia, in fact aku rasa tak pernah ada macam ni pun. Di dalam kesibukan mereka, terdapat kumpulan wanita yang sibuk menyediakan juadah makan tengahari di satu sudut kuil tersebut. Rupanya mengikut tour guide aku, mereka berkampung sepanjang perayaan ( Indra Jatra dalam bulan September, Dasain. sehingga Newari New Year termasuk Deepavali dalam November ). Ya sesuai betul la timing pergi masa ni. Cuma kami tidak berkesempatan nak tengok Indra Jatra tu yang melibatkan Living Goddess, Kumar Devi.
|
Pemandangan di atas puncak Monkey Temple, bersama rakan travel dan travel guide, Paras. |
Opps lupa nak habaq yang tour guide kami pada hari tu adalah Encik Paras. Syukur dapat Paras ni sebagai guide sebab dia sangat penyabar dan riang ria orangnya. Ya lah, kami muda muda ni nak yang happening la kan. Aku sangat kagum dengan budi bahasa Paras yang sentiasa tersenyum sampai tak sudah, sweet. Bukan sahaja dia ada iras-iras Akshay Kumar, tapi knowledge dia sangat power ok. Abes aku test tanya dan dia berjaya menjawab tanpa was was. ahahahhahahahha. Bagi aku sebagai seorang Nepalese boy yang dibesarkan di Kathmandu, memang dia ni best. Aku recommend sesiapa nak amik dia sebagai free lance tour guide di Kathmandu, amekla... tak rugi. in fact dia ni aku rasa ada future yang cerah kalau dia dah abes belajar and kerja la kat mana-mana. Yang penting berhemah, dan berbudi bahasa. muahahhahahahah.
|
Acara membakar offering setelah doa dibaca. tatau la apa yang dhajatkan, mungkin terpulang kepada individu yang membuat offering.... |
|
Upacara perarakan alatan muzik yang menambahkan suasana meriah di kuil. Kelihatan Paras asyik dengan lamp offer untuk salah satu shrine yang dikatakan untuk sesiapa berhajat kesihatan baik untuk budak budak.....
Setelah berpuas hati dengan Monkey Temple, kami meneruskan perjalan ke Patan iaitu UNESCO Heritage Site kedua. Perjalanan dari Monkey Temple ke Patan agak lama disebabkan trafik yang semakin menggila. Tetapi harus di lawati tempat ini kerana ia ternyata memberi kesan WOW lagi hebat dari site pertama. I am not sure how much for the entrance fee untuk Durbar Square, tapi what can I tell you, memang WOW bila sampai di sana. Seolah-olah kita di bawa ke zaman silam. Timeless. Rasa macam dibawa ke zaman kegemilangan Malla King memerintah 2000 BC ko.... menurut Paras, Raja Gourkha yang kemudian menakluk lembah Kathmandu mengekalkan tinggalan Malla Kings ini dan dipelihara sebaik-baiknya walau kerajaan itu berlainan era. Macam tu baru best, rakyat takkan marah kalau pemerintahan kerajaan baru mengambil alih. Ya, Durbar adalah perkataan nepal untuk Istana, maka kita akan dijamukan dengan pemandangan istana dan istana kecil untuk para raja, permaisuri dan anak mereka. Pengaruh hindu amat kuat di Durbar Square di mana setiap bangunan diukir amat halus sekali.
|
|
Sejarah ringkas Patan Durbar Square. Dinasihatkan anda untuk mendapatkan tour guide yang mahir untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tempat ini kerana tidak disediakan penerangan yang boleh dibaca sendiri. Jika tidak, agak boringla ya. |
|
salah satu pemandangan yang tidak jemu mata melihat. |
|
salah satu ruang di Durbar Square di mana pada hari hari tertentu terutamanya perayaan, kerbau disembelih beramai ramai sebagai tanda korban penganut. Kelihatan darah kerbau di pintu ini dan jika dilihat di atas, adalah usus kerbau menghiasi, nampak tak? |
|
Ukiran kayu yang memenuhi setiap sudut, dan menceritakan kisah-kisah dewa mereka. Tak paham den, tapi ukiran mereka sangat teliti sekali. |
Aku amat kagum dengan kehalusan ukiran di Durbar Square ni. Boleh bayangkan macam mana orang dulu bekerja siang dan malam menyudahkan hasil mereka. Di dalam keasyikan aku melihat dan mengamati, terlintas di hati nak tanya Paras, di manakah ukiran kamasutra tu? yeah, hasil pembacaan aku dari Lonely Planet, mestilah mau verified. Hampeh bukan? Tersipu malu si Paras nak pegi menunjukkan ukiran itu, apa lagi aku dan rakan rakan boleh plak melayan. Ada cerita di sebaliknya.
|
Salah satu ukiran erotik yang ada di sekitar. Saja aku letak bukan tujuan untuk obscene show, cuma menerangkan lebih lanjut. Hangpa jangan dirty minded ok! |
Cerita di sebalik ukiran tersebut amat menarik. Dikatakan pada zaman dahulu, ketika rakyat begitu taksub beribadah sehingga Raja dinasti Malla tersebut amat risau kerana rakyatnya kuat sembahyang dan lupa keperluan duniawi. Sang Raja risau jika tiada populasi dihasilkan di mana ia melemahkan kekuatan negara tersebut juga dan timbul idea menyuruh para artisan mengukir ukiran-ukiran tersebut dengan mesej, keperluan fizikal atau jasmani juga penting selain memenuhi kehendak spiritual. Tu dia, sampai begitu sekali taat rakyat terhadap agama dan raja, maka apabila rakyat melihat ukiran tersebut untuk mengingatkan mereka, it is Ok to...... kesian kawan aku yang innocent tak pasal aku tunjuk tapi ya lah, in certain civilization, not every of them they are quite open, so please accept with open mind melihat gambar di atas, muahahhahah.
Kami di bawa berjalan-jalan ke pekan berhampiran. Sekali lagi perasaan dibuai melewati zaman silam. Sempat singgah membeli souvenir dan postcard untuk rakan di Malaysia. Menariknya aku dan rakan sempat singgah mencuba keajaiban the singing bowl. Asyik woo, main main ngan singing bowl tu, kesan terapi untuk menenangkan minda tu memang power. Aku jugak sempat mencuba satu lagi kaedah rawatan zaman silam dengan meletakkan mangkuk logam di kepala dan di palu untuk menghilang migraine. Berkesan jugak, sayang seribu kali sayang, harga sebiji mangkuk adalah RM500, whoa, mahalnya tapi pure copper ko!
|
Salah satu kedai souvenir yang ada. Kelihatan di kiri adalah singing bowl yang mahal nak beli. huhu. |
|
Ukiran dan patung di dalam tokong ini yang membuat kami terpegun. sempit macam mana ruang di sini, di manipulasi sang pengukir. |
Kami dibawa melihat satu lagi kuil tapi sebenarnya adalah tokong Buddha berhampiran. Perasaan memasuki tokong kecil ni adalah a big relief kerana lokasinya yang terletak di ceruk dari hiruk pikuk Durbar Square adalah tempat sesuai untuk escape kekalutan itu. Bukan apa, penat jugak nak melawat satu persatu tempat bersejarah tetapi ambience tokong ni agak menenangkan kerana tak ramai orang. Dalam otak, memang nak lepak lama tapi kami ada lagi satu site yang perlu dilawati, ya di mana ya?
|
Durbar Square adalah must have untuk sesiapa ke Kathmandu! |
|
pemandangan bangunan di sekitar Durbar Square. Cantik betul rekabentuk bangunan bata merah berkilau ni. x jemu mata memandang. |
|
Ukiran pada tingkap di salah satu bangunan. Mengasyikkan. Kala ada replika, berapa lah harga yang diletak?
Bersambung................................
|
15 hari berjalan di Everest Base Camp
ReplyDelete•Details
Mencabar diri sendiri! Alam semulajadi adalah milik anda turun di sini untuk Gunung Everest
Kagum melihat pemandangan dari Gunung Everest,
Melawat Tengboche Monastery lama monastery di Lembah Khumbu
Di Namche Bazar, 3,440 m pintu masuk ke Everest Base Camp
Rehat di pangkalan Everest kem 1 jam
Sampai ke Kalapathar, titik pandangan untuk melihat dunia tertinggi puncak Gunung Everest 8,848 m
Ketersediaan:
•15 hari trek di Everest Base Camp
Panduan hidup: Bahasa Inggeris
Tempoh: 15 hari, lawatan swasta, langkau baris / masuk Fast Track
Satu orang kos AS$ 1190.00
Description/kawalan:
Gunung Everest Base Camp merupakan destinasi yang paling popular untuk trekkers di Nepal. Popularitinya telah berkembang sejak ekspedisi pertama sebelah Nepal Everest pada 1950-an.
Trek Everest Base Camp, trek Gunung sangat terkenal, bermula dari Lukla (2804m) dan mengikut Lembah Dudh Kosi yang dipanjat sehingga ibu dengan Namche, bazar sibuk itulah sebuah persimpangan trekkers, dengan tempatan dan Kumpulan ekspedisi.
Sepanjang bahagian denai, Kampung-Kampung selangi dengan hutan-hutan indah rhododendron, magnolia dan firs gergasi. Dalam awal musim luruh dan musim bunga lewat, bunga-bunga ini sebahagian Tim membuat ia jenis berjalan kaki anda akan ingat untuk jangka masa yang panjang, panjang.
Trek tersebut mengambil masa dari Lukla. Pertama kita perlu mengambil masa 30 minit penerbangan pagi dari Kathmandu Lukla dan kami tanah yang kecil pada landasan kapal terbang Lukla kemudian kami mula trek ke wilayah Khumbu. Tim mengikuti laluan Lembah Dudh Kosi dengan pendakian untuk sehingga ibu dengan Namche Bazaar. Dari Namche, anda susur di sepanjang laluan yang tinggi dari di mana anda mempunyai pandangan baik pertama Everest. Anda menuju ke arah Thyangboche Monastery terletak di atas rabung gunung dan kemudian turun Imja Khola dan terus Pangboche dan Pheriche. Selepas itu anda tiba glasier Khumbu. Trek melalui glasier yang akan membawa anda pertama ke Lobuche dan kemudian ke Gorak Shep, di mana anda akhirnya sampai ke destinasi anda, Everest Base Camp di kaki Gunung ais Khumbu jatuh.
http://nepalguideinfo.com/Everest-Base-Camp-trek/
http://nepalguideinfo.com/
http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-Nepal/trekking-Region/Everest-Region/Everest-Base-Camp.htm
http://www.nepalguideinfo.com/
https://www.Facebook.com/Independenttrekkinguidenepal