Siaran langsung mak jemah yang kini kesejukan di Blue Mountains. Terketar ketar mengupdate blog. Camner la aku nak pegi Nepal kalau suhu Blue Mountains pun dah fail. Alkisah pengalaman menarik aku ari banyak. Yang aku kena belajar pun banyak....
Beginilah kisahnya...
Setibanya aku di airport (sila google nama kalau perlu), ada orang nak datang menjemput. Yeay, perst time tu aku pegi overseas berjemput di airport. Terharu mak. En.Syariman yang aku manja memanggil Sherry (jangan ingat bukan-bukan yer) sudi mencemar duli membawa sebijik volvo berplat diplomat datang mencari aku walau aku pun tengah mencari dia selepas pemeriksaan kastam. Mak terharu.
Yang paling best adalah tema hari raya kerana menjadi satu cabaran la nak membawa sekotak juadah ringan yang menjadi igauan ngeri passengers dengan Custom Australia tu kan? Cuak aku sebab dah kecoh dalam facebook barang yang nak diangkut, harap lepas la... dan alhamdulillah, semua lepas.
Terbukti Sherry telah menurunkan beberapa petua yang sangat bermanfaat ya adik adik.
Pelajaran Pertama
1. Jika anda ingin membawa barang-barang yang terlarang dan mungkin dirampas, declare siap-siap. Sila baca laman imigresen apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
2. Kalau yakin serba boleh, sila la membuat label. Bagi kes aku, nama pun kuih raya. Sebagai contoh, Label pada balang kuih raya kandungan makanan. Kalau tart hasina member aku kepada sherry, letak jer "Flour + Pineapple Jam". Toksahlah sejujurnya nak letak semua. Yang penting janganla letak "Egg". walau process food, tapi bab bab telur ni agak sensitip la jugak ahahahhahah (salah satu bahan yang dilarang, katanya).
3. Apabila tiba di custom mereka akan periksa apa yang anda declare pada Incoming Passenger Card tu. Macam biasa, buatlah muka ceria walau kena serah tengkuk dan nada frust tengok barang tu dibuang begitu sahaja.
4. Custom Osotalia tak bukak semua beg dan kotak. Ada jugak buat secara random. Alhamdulillah, masa turn aku, disuruh beratur dan datanglah sekor anjing dengan muka kesian menghidu-hidu. Mana aku tak cuak aku declare bawak medicine (painkillers) dan cookies. Apabila anjing tu (sebijik macam Amber dalam Episod Perth) tidak menunjukkan riak curiga, maka dengan itu terlepas la segala kerisauan. Macik Kastam tu suruh kitaorang cepat cepat belah ke pintu exit. So dapatlah kawan aku dan keluarganya merasa kuih siput, rempeyek, almond london, murukku, tart nenas dan sarang semut dengan jayanya. Alhamdulillah. Lepas satu ujian!
Gambar-gambar yang ditangkap pada hari pertama. Mabeles kan? Thanks a lot to Sherry for bringing us there and we got a great picture to keep for memories. Lokasi? Marouba Beach, tempat di mana keluarganya tinggal dan sangat canteks tempat ini. Sempatlah nampak sorang dua surfer dudes kat pantai walau tak nampak sangat...
Anyhow selepas Sherry menghantar aku ke Darling Habour untuk mengaktifkan I Venture Card, mak cepat cepat-cepat cari Central Station utk board train ke Blue Mountains. Tak tertahan godaan melihat sales yang begitu menakjubkan kat Shopping Complex Darling Harbour nih! (Sweater Aussie AUD15, Cotton On shirt adalah AUD5-15, dan banyak lagi!). Oh selamatkan lah mak dari semua godaan ini... akhirnya terbeli jugak sehelai Tshirt Hard Rock Cafe (t shirt penang dah lusuh ehehehe).
Will keep you guys entertained with my latest posting. ---> internet pree dan laju yer....