Friday, December 5, 2014

Old Citadel Of Ankara

Malam tadi teringin nak makan kebab sangat sangat.

Puaslah dicari kebab yang sedap dengan berjalan ke Bukit Bintang. Hampa kerana tiada yang berkenan di hati.

Pada masa ini penulis masih bercuti bersalin dan tinggal seminggu untuk masuk kerja semula. Kali ini cuti tidak ke mana hanya berehat dan merawat diri dan hati. Anyhow I dedicated this post to my demised beloved Nur Zahirah Khan as she passed away during labour in Hospital Selayang. Tujuh keturunan i takkan jejak itu hospital!  OK, stop meroyan. Back to the actual story. Yup I did not have intention to spread this sad news but previous posting has to do with travel. Travel with kids. Nak buek camno, tader rezeki. Tiada rezeki nak bawa baby berjalan Alhamdulilah, sempat travel dengan baby masa dalam kandungan. hidup perlu diteruskan ye dak?

Sambung cerita trip kerja sambil mengembara di Turki awal tahun ini, bandar seterusnya selepas Istanbul adalah Ankara.

Seperti mana semua orang tahu Ankara merupakan bandar pusat pemerintahan kerajaan Turki. Ala ala Putrajaya gittew, tapi Ankara ni ada tempat bersejarah dengan namanya Old Ankara Citadel dan Ankara Castle. Sesiapa yang ke sini juga boleh melawat Makam Attartuk. tapi penulis tidak sempat kerana mengejar penerbangan balik.

Cerita bermula apabila penulis berkampung di Ministry of Economy, Republic of Turkey selama tiga hari kerana menghadiri mesyuarat. Sudah penat berpok pek dengan orang orang Turki menjalankan rundingan ya penulis cuma koordinator, tak perlu mencelah masuk sekadar mengambil nota, dapatlah membuat tinjauan serba sedikit. sambil menyelam minum air katanya. Dipendekkan cerita, bangunan kementerian ini unik kerana kafeteria terletak di tingkat paling atas. Maknanya boleh lah menjamu mata hirup kopi panas sambil layan pemandangan kan. Suka konsep ini. Kalau bangunan kerajaan di Putrajaya macam ini, seronoklah staf kan. Putrajaya dah cantik. dapat top view lagi cantik--->sekadar cadangan eheheheh.

Maka, ke roof top cafe kementerian tersebut saya membuat tinjauan.

Pemandangan roof top ke bangunan bangunan sebelah. Lebih banyak high rise building untuk pejabat dibina menggantikan  bangunan lama di kawasan business district Ankara.

Boleh dikatakan adalah sesuatu yang bertuah sekiranya kita diberi peluang meninjau cara orang asing bekerja. Maka aku pun membuat pemerhatian terhadap gelagat mereka, dan hasilnya?

Penjawat awam yang akan beratur semasa menaiki lif. berdisplin kan? cuba kalau kita kita buat macam ni?sejuk mata memandang... kerana kami adalah delegasi jemputan, maka diberikan keutamaan sebagai penghormatan kepada tetamu katanya.
Setelah selesai mesyuarat rundingan, kami pun berpakat untuk mendapatkan beberapa barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Memandangkan jadual yang padat, tidaklah dapat kami meluangkan masa menziarahi beberapa tempat bersejarah. Kot mana pun untuk mengubat hati yang lara, dibawa kami melalui beberapa tempat menarik di sekitar Ankara selintas lalu. At least dapatlah menjamu mata dengan pemandangan ye tak. Arah ke tempat dituju akan nampak Old Citadel yang merupakan salah satu tempat harus dilawati kalau anda berada di sana. Pada kali ini kami tidak berpeluang melawat Ankara Castle kerana kesuntukkan masa.

Kami dibawa menaiki van menaiki bukit yang mana Old Citadel ini bertapak. Jelas kelihatan pemandangan kota Ankara lama dan bandar Ankara baru  dari Citadel ini. 
Salah satu struktur bangunan di dalam Old Citadel. Jelas dinding yang dibina menggunakan pelbagai saiz bata yang berbeza. Dikatakan ini adalah sebuah satu masjid yang berada di Old Citadel ini. Cantik kan hiasan pintunya?
Kawasan sekitar Old Citadel memang berbukit. Bagus untuk membina stamina memanjat naik dan memanjat turun. Suka tengok susunan batu di atas permukaan jalan yang bercorak. entah berapa usianya ya?
Di kawasan kaki bukit Old Citadel, terdapat beberapa kedai menjual barang cenderamata dan juga
kedai kedai antik untuk pengunjung masuk dan membeli. Al maklum kalau sudah nama pun perempuan, barang rumah lah yang akan menjadi pilihan. Masa ni baru rasa agak terkilan tak bawak duit banyak banyak sebab memang rambang mata.

Antara pinggan hiasan yang pelbagai corak dan warna untuk dibawa balik. Jika diteliti, motif bunga tulips merupakan  corak utama hiasan pinggan tersebut. Ikut sejarah memang pokok tulips berasal dari Turki tetapi dibawa balik oleh Raja Belanda kemudian dulu. 
Penulis mengambil kesempatan bergambar di sebuah kedai barangan antik
Barangan antik yang boleh dibeli dan harga murah murah. percaya tak sepasang cawan dan piring porselin itu berharga 1 lira =RM1.50... memang murah

Barangan antik juga dijual bagi peminat hiasan atau pengumpul barangan seumpama ini. Tertarik nak dapatkan kemudi kapal tu sebab mungkin berusia mencecah ratusan tahun kan? Tapi nak bawak balik haruslah difikirkan kaedah macam mana yang sesuai pula.

Selain barang barang hiasan rumah, antik dan souvenirs, terdapat gerai gerai menjual pelbagai barang makanan kering seperti dried fruits dan kekacang. Pelawat boleh mencuba dan mendapatkan harga yang berpatutan dari pekedai sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak. Memandangkan kami membawa pemandu van yang fasih berbahasa Turki, lagi banyak lah diskaun yang boleh diberi.


Pilihan makanan kering dan harga mengikut sukatan. teruja tengok kekemasan kedai ini
Setelah hampir dua jam kami menghabiskan masa membeli barangan yang dihajati, tetiba rasa lapar dan dahaga walau cuaca di Ankara pada masa itu sejuk kerana musim sejuk (antara 15 - 17 celcius waktu tengahari). Maka dicarinya gerai untuk minum dan makan tengahari. Paling best boss pula mahu belanja kami makan kebab. Alhamdulillah, rezeki jika pergi bekerja dengan boss, selalu adalah peluang dapat makan bersama. Kenangan best juga dengan rakan kerja.
Restoren Turki yang menawarkan kebab dan makanan lain. Simple dan authentic kedai ni kan?
Kebab kambing yang enak dan simple jugak. Memang sedap lah dagingnya walau hidangan ringkas tanpa sebarang sos perisa. Dapat pula dimakan bersama salad segar dan roti kebab yang panas panas. Awesome!

Oh ya, untuk maklumat lanjut mengenai Ankara Castle sekiranya anda ingin melawat (saya insya allah akan cuba juga suatu hari nanti) bolehlah google untuk tahu cara-cara ke sana.