Sunday, December 2, 2012

Trip To Nepal (Hari Pertama....sambungan)

Sebaik sahaja kami menghabiskan Mountain Flight trip , kami dibawa pulang ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. 


Menu sarapan harian adalah lempeng dan sayur campur stir fry. menyihatkan. 

Selepas sarapan, maka bermula day tour melawat tempat tempat bersejarah di Kathmandu. 


pemandangan pagi di Thamel Street.

penat aku bergaduh mulut dengan pemandu tour. dia kata di spesies babi biasa, aku kata babi hutan ahahahahhahahahah

Tempat pertama dikunjungi adalah Monkey Temple atau Syayambhunath, salah satu Unesco Heritage Site yang menjadi tarikan utama di Kathmandu. Perjalanan ke sana amat menarik kerana ia terletak agak jauh dari Thamel maka transport perlulah ada untuk ke sana. Kuil ini agak terpinggir dari ibu kota. Nak kata kuil tak jugak, ia sebenarnya tokong buddha, tetapi di sini buddha dan hindu diasimilasikan begitu sahaja, maka ia boleh menjadi kedua-duanya. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan keliling Lembah Kathmandu. The road can be a bit bumpy but it was pleasant with less traffic, thankfully it was quite a short journey to reach there.

Ramai pengemis mengemis di site ini. Terpulang nak sedekah ke tak :)




Setibanya kami di kaki bukit Monkey Temple, suasana sudah meriah dengan penganut dan pelawat yang kebanyakkan datang dari pelbagai tempat, yang mana ada dari luar Kathmandu melawat kuil ini menunaikan hajat mereka. Suasana macam kenduri pun ada, sebab ada yang berkampung di luar kuil. kalau keadaan macam ni adalah hari biasa, tak taulah kalau waktu perayaan. 

Van membawa kami menaiki bukit menuju ke entrance sebenar. boleh mendaki naik sendiri tapi tak dapekla mak, bukan devotee pun. entrance fee untuk local adalah 50 rupee untuk local dan 200 untuk tourist.  Ingatkan bila sampai entrance, itulah point of attraction, rupanya kene mendaki jugak. Alahai, terpaksala kami mendaki untuk sampai ke atas dan akhirnya, memang berbaloi panjat ahahahahhahah.




Tinggi bukan untuk mendaki? 





Berduyun pelancong membanjiri kawasan ini, antara lukisan yang boleh dijadikan buah tangan.
Perasaan sangat teruja menyaksikan suasana yang meriah di atas kuil ini. Masakan tidak, dah macam perayaan apabila dapat menyaksikan devotees melaksanakan aktiviti ibadah yang jarang kita nampak di Malaysia, in fact aku rasa tak pernah ada macam ni pun. Di dalam kesibukan mereka, terdapat kumpulan wanita yang sibuk menyediakan juadah makan tengahari di satu sudut kuil tersebut. Rupanya mengikut tour guide aku, mereka berkampung sepanjang perayaan ( Indra Jatra dalam bulan September, Dasain.  sehingga  Newari New Year termasuk Deepavali dalam November ). Ya sesuai betul la timing pergi masa ni. Cuma kami tidak berkesempatan nak tengok Indra Jatra tu yang melibatkan Living Goddess, Kumar Devi. 
Pemandangan di atas puncak Monkey Temple, bersama rakan travel dan travel guide, Paras.
Opps lupa nak habaq yang tour guide kami pada hari tu adalah Encik Paras. Syukur dapat Paras ni sebagai guide sebab dia sangat penyabar dan riang ria orangnya. Ya lah, kami muda muda ni nak yang happening la kan. Aku sangat kagum dengan budi bahasa Paras yang sentiasa tersenyum sampai tak sudah, sweet. Bukan sahaja dia ada iras-iras Akshay Kumar, tapi knowledge dia sangat power ok. Abes aku test tanya dan dia berjaya menjawab tanpa was was. ahahahhahahahha. Bagi aku sebagai seorang Nepalese boy yang dibesarkan di Kathmandu, memang dia ni best. Aku recommend sesiapa nak amik dia sebagai free lance tour guide di Kathmandu, amekla... tak rugi. in fact dia ni aku rasa ada future yang cerah kalau dia dah abes belajar and kerja la kat mana-mana. Yang penting berhemah, dan berbudi bahasa. muahahhahahahah.

Acara membakar offering setelah doa dibaca. tatau la apa yang dhajatkan, mungkin terpulang kepada individu yang membuat offering....
Upacara perarakan  alatan muzik yang menambahkan suasana meriah di kuil. Kelihatan Paras asyik dengan lamp offer untuk salah satu shrine yang dikatakan untuk sesiapa berhajat kesihatan baik untuk budak budak.....

Setelah berpuas hati dengan Monkey Temple, kami meneruskan perjalan ke Patan iaitu UNESCO Heritage Site kedua. Perjalanan dari Monkey Temple ke Patan agak lama disebabkan trafik yang semakin menggila. Tetapi harus di lawati tempat ini kerana ia ternyata memberi kesan WOW lagi hebat dari site pertama. I am not sure how much for the entrance fee untuk Durbar Square, tapi what can I tell you, memang WOW bila sampai di sana. Seolah-olah kita di bawa ke zaman silam. Timeless. Rasa macam dibawa ke zaman kegemilangan Malla King memerintah 2000 BC ko.... menurut Paras, Raja Gourkha yang kemudian menakluk lembah Kathmandu mengekalkan tinggalan Malla Kings ini dan dipelihara sebaik-baiknya walau kerajaan itu berlainan era. Macam tu baru best, rakyat takkan marah kalau pemerintahan kerajaan baru mengambil alih. Ya, Durbar adalah perkataan nepal untuk Istana, maka kita akan dijamukan dengan pemandangan istana dan istana kecil untuk para raja, permaisuri dan anak mereka. Pengaruh hindu amat kuat di Durbar Square di mana setiap bangunan diukir amat halus sekali.
Sejarah ringkas Patan Durbar Square. Dinasihatkan anda untuk mendapatkan tour guide yang mahir untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tempat ini kerana tidak disediakan penerangan yang boleh dibaca sendiri. Jika tidak, agak boringla ya.
salah satu pemandangan yang tidak jemu mata melihat. 
salah satu ruang di Durbar Square di mana pada hari hari tertentu terutamanya perayaan, kerbau disembelih  beramai ramai sebagai tanda korban penganut. Kelihatan darah kerbau di pintu ini dan jika dilihat di atas, adalah usus kerbau menghiasi, nampak tak?
Ukiran kayu yang memenuhi setiap sudut,  dan menceritakan kisah-kisah dewa mereka. Tak paham den, tapi  ukiran mereka sangat teliti sekali.
Aku amat kagum dengan kehalusan ukiran di Durbar Square ni. Boleh bayangkan macam mana orang dulu bekerja siang dan malam menyudahkan hasil mereka. Di dalam keasyikan aku melihat dan mengamati, terlintas di hati nak tanya Paras, di manakah ukiran kamasutra tu? yeah, hasil pembacaan aku dari Lonely Planet, mestilah mau verified. Hampeh bukan? Tersipu malu si Paras nak pegi menunjukkan ukiran itu, apa lagi aku dan rakan rakan boleh plak melayan. Ada cerita di sebaliknya.

Salah satu ukiran erotik yang ada di sekitar. Saja aku letak bukan tujuan untuk obscene show, cuma menerangkan lebih lanjut. Hangpa jangan dirty minded ok!
Cerita di sebalik ukiran tersebut amat menarik. Dikatakan pada zaman dahulu, ketika rakyat begitu taksub beribadah sehingga Raja dinasti Malla tersebut amat risau kerana rakyatnya kuat sembahyang dan lupa keperluan duniawi. Sang Raja risau jika tiada populasi dihasilkan di mana ia melemahkan kekuatan negara tersebut juga dan timbul idea menyuruh para artisan mengukir ukiran-ukiran tersebut dengan mesej, keperluan fizikal atau jasmani juga penting selain memenuhi kehendak spiritual. Tu dia, sampai begitu sekali taat rakyat terhadap agama dan raja, maka apabila rakyat melihat ukiran tersebut untuk mengingatkan mereka, it is Ok to...... kesian kawan aku yang innocent tak pasal aku tunjuk tapi ya lah, in certain civilization, not every of them they are quite open, so please accept with open mind melihat gambar di atas, muahahhahah.
                        

Kami di bawa berjalan-jalan ke pekan berhampiran. Sekali lagi perasaan dibuai melewati zaman silam. Sempat singgah membeli souvenir dan postcard untuk rakan di Malaysia. Menariknya aku dan rakan sempat singgah mencuba keajaiban the singing bowl. Asyik woo, main main ngan singing bowl tu,  kesan terapi untuk menenangkan minda tu memang power. Aku jugak sempat mencuba satu lagi kaedah rawatan zaman silam dengan meletakkan mangkuk logam di kepala dan di palu untuk menghilang migraine. Berkesan jugak, sayang seribu kali sayang, harga sebiji mangkuk adalah RM500, whoa, mahalnya tapi pure copper ko!

Salah satu kedai souvenir yang ada. Kelihatan di kiri adalah singing bowl yang mahal nak beli. huhu. 


Ukiran dan patung di dalam tokong ini yang membuat kami terpegun. sempit macam mana  ruang di sini, di manipulasi sang pengukir. 
Kami dibawa melihat satu lagi kuil tapi sebenarnya adalah tokong Buddha berhampiran. Perasaan memasuki tokong kecil ni adalah a big relief kerana lokasinya yang terletak di ceruk dari hiruk pikuk Durbar Square adalah tempat sesuai untuk escape kekalutan itu. Bukan apa, penat jugak nak melawat satu persatu tempat bersejarah tetapi ambience tokong ni agak menenangkan kerana tak ramai orang. Dalam otak, memang nak lepak lama tapi kami ada lagi satu site yang perlu dilawati, ya di mana ya?

Durbar Square adalah must have untuk sesiapa ke Kathmandu! 
pemandangan bangunan di sekitar Durbar Square. Cantik betul rekabentuk bangunan bata merah berkilau ni. x jemu mata memandang.
Ukiran pada tingkap di salah satu bangunan. Mengasyikkan. Kala ada replika, berapa lah harga yang diletak?


Bersambung................................

Sunday, November 25, 2012

Nepal Trip (Hari Pertama)

Kami menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Kathmandu, seawal jam 9.00 pagi dan dijangka tiba jam 11.50 pagi waktu tempatan Nepal (2 jam lewat dari waktu Malaysia).

Perasaan menaiki pesawat MAS kali ini tidaklah begitu mengujakan kerana penerbangan 4 jam dengan pesawat yang agak kecik (saiz 737 jer) berbanding pengalaman menaiki Airbus AirBus Air Asia X ternyata berbeza. Nak ke tandas pun beratur lama sebab tandas tak banyak..


Too bad, compared to flyscoot.com ari tu, MAS agak dah drop la dari segi layanan. Bukan faktor hensem ker lawa cabin crew, tapi kalau dah abis jus kat troli, toksahlah bitchy kata geng troli sebelah mengebas. sangat tak pro. kita nak fuss free service, taknak dengar masalah korang, ahahhahahahhaha.

Raja Garuda menyambut di pintu ketibaan... Bukti? yang bersayap tu la namanya Shiva dalam bentuk Garuda.... rupanya Garuda tu perkataan standard orang sana.... sebab tour guide kata, dah ada Garuda Airlines yang dia tau Indon punya muahahhahahahha
Setibanya di airport, proses mendapatkan Visa On Arrival (VOA) bermula... untuk lawatan selama 15 hari,  yuran adalah USD25. amek ko, 15 hari jer. kira buat duit keje kerajaan Nepal ni. Kat situ dah nampak cekik darah sebab kalau trekking pasti 15 hari tidak mencukupi untuk cover visa tu. Rate mengikut hari tapi aku tak amik port sebab bukan nak lama. 8 hari cukup.















Setelah kami keluar dari pintu airport, dah nampak dari gate, nama aku dah kat kadbod yang pasti kalau pegi tour, memang macam tu la kekdahnya, ada yang menyambut . Mak jemah bukan apa, nak pegi buat itinerary sendiri tak berapa lagi terer untuk negara macam ni, kene yang dapat kaki putar alam, potong terus mood bercuti. Alhamdulillah, si Ram, owner tour agency menyambut kami dengan senyuman dan sebuah van yang super selesa gayanya. Terasa macam orang kaya kaya jer travel sebab van di atas untuk kitaorang tiga orang jer... masuk bandar Kathmandu, lagi la terasa, sebab van sebesar van kami, sarat ngan penduduk tempatan macam tin sardin, kami pun takleh buat apa. tengok jer.

First time in my life, seeing a very chaotic city. insaf terus. betapa trafik di jalanan menggila waktu puncak di bandar kathmandu. bunyi hon bermaharajalela. Traffic light tak dak, yang control trafik adalah polis trafik sendiri. Satu pengalaman yang sangat berharga. Kalau tengok kepadatan penumpang sesuatu kenderaan, kot accident teruk, memang tatau sapa punya kaki tangan badan dan kepala kalau dah bekecai kecuali penumpang yang dok atas bumbung bas sebab dah tercampak dah kat mana, nauzubillah nak jadi macam tu, memang takdak safety feature langsung in their public transport. kira tanggung sendiri la risiko nak naik bas mereka. Nyawa macam takder harga. Sorry babe, aku tak rela.  Memang betul kata Lonely Planet, Kathmandu itself a maddening town!

Kami dibawa ke hotel yang direquest oleh aku sendiri, Hotel Samsara di Thamel Street sebab berdasarkan syor kawan yang dah pegi Nepal dengan syarikat tour yang sama. Lantakla kalau nak kene bayar hotel elok sikit, sebab i tell you, yang agak affordable dari USD85-USD90 semalam, standard dia lagi rendah dari Hotel Bajet ala Tune Hotel tu.  Bantal dan tilam toksah cerita, lagi best rumah aku punya yang pasti. 4Cuma ada breakfast jerla. layan. Malam tu kami merayau di sekitar Thamel membuat window shopping barang yang nak dibeli tapi terbeli jugak sebab tak tahan tengok.

Entrance Hotel Samsara. Sorry wa tak dapat nak rotate gambar ni.....deretan pokok marigold dan daisy menyambut kedatangan kami ke sini. 
So keesokkan harinya, setelah termakan pujuk rayu Ram, kami bercadang untuk mencuba Mountain Flight ke Everest. perasan orang kaya sungguh sebab kalau tak layan rugi plak sebab cuaca sangat best dengan tiada awan yang melindungi puncak, kira the best season nak layan flight ni pun. Harga mountain flight ni, USD170 untuk penerbangan selama 55 minit mengelilingi banjaran, telan air liur kejap, tapi cuba pujuk hati, bila lagi kan? Bukan senang gak nak mendaki Everest semata mata nak tengok puncak dari jarak dekat, maka bila difikir faktor kewangan, masa dan tenaga empat kerat nak mendaki, layan jerla sebab tak nak susah susah.  nak daki ke Everest Base Camp pun dah dua minggu. Ni kira express rakyat la.

Seawal jam 5.30 pagi, cuaca pun dah terang macam pukul 7 waktu Malaysia, kami dijemput oleh Kumar, pemandu van kami ke Lapangan terbang Domestik. Perasaan? ahahahah tak leh nak describe tengok local airport mereka. Kalau ko rasa LCCT tu macam Pudu Raya, yang ni macam ko nak masuk Pasar Siti Khadijah ahahhahahahahh. Bersih
Lapangan terbang domestik yang bersebelahan lapangan terbang antarabangsa mereka. sebelah tu Kem Tentera Udara Nepal.
keadaan di dalam lapangan terbang domestik. first time aku tengok scale penimbang baggage nak check in tu sebijik macam penimbang sayur kat hotel tempat keje lama aku kat shangrila, elok rata jer penimbang tu. tader roller nak punggah masuk pesawat, pakai manual labour yakni ada petugas kat belakang check in kaunter angkat. oh ya, setiap penerbangan domestik dikenakan airport tax sebanyak Nepal Ruppee 200, bersamaaan RM7.40.
Rupa pesawat kami yang comel molek tu. sebelum nak naik, kene naik mini bus ke sini dan setiap penumpang akan dapat window seat untuk tengok banjaran Himalaya. Penerbangan kali ini menggunakan Guna Air. Kembang kawan aku yang nama Guna tu sebab ada penerbangan sendiri ahahhahaha. Kalau ikut Lonely Planet, kebarangkalian terhempas pesawat tu memang ada tapi disebabkan cuaca buruk, tak da sejarah kata mechanical faulty, ceh saja bakar kawan yang nak pegi. Kalau tak elok, memang tak dibenarkan berlepas. Agak takut jugak, tapi kami kan adventerous katanya... Terus aku tak pikir panjang baca Bismillah nak naik.... 

Keadaan di dalam pesawat ringan ini. dari seat dah nampak cockpit. jangan terkejut kalau anda dibenarkan untuk pergi ke cockpit secara bergilir sebab semasa menuju ke puncak Everest, memang ia akan berada di hadapan mata, seolah olah pesawat ni nak langgar. memang best woo... macam citer zaman zaman dulu ya.


Pesawat menghampiri banjaran Himalaya yang agak panjang dan puncak puncak gunungnya boleh tahan banyak.



















Pesawat akan membuat pusingan untuk memastikan semua penumpang mendapat chance tengok banjaran ni dari dari jarak dekat. ternyata kami terpegun sebab tak pernah tengok gunung dengan kecuraman yang melampau, memang terpegun seketika melihat banjaran himalaya yang hampir diliputi salji. Nasib baik aku mempunyai telezoom lense yang membolehkan aku zoom dari tempat duduk merobosi tingkap kawan tu. tak payah nak berlari rebut window, boleh tak balance pesawat tu kan ahhahahhahahhahah
Subhanallah, setelah sekian lama aku menunggu, diberi peluang nak tengok Everest (puncak sebelah kanan)  jarak dekat... inilah puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8848 meter dari aras laut. cantek sungguh. Boleh bayangkan kesusahan nak mendaki sebab bukan semua yang mempunyai kudrat dan kemahiran yang diperlukan. Tergamam aku tengok sebab teringat citer 2012 yang konon kalau bah besar melanda, cukup makan jer puncak ni nak berdiri tanpa ditenggelami air. Kalau diberi peluang percuma naik Mountain Flight ni, aku nak repeat balik!
Salah satu banjaran yang juga menarik perhatian kami dengan kedalaman dan ketinggian puncak ini. Memang tak terpanjat den kalau disuruh mendaki. Curam benar!

tak boleh nak bayangkan betapa cantek banjaran Himalaya ni walau salji tidakla setebal mana tapi nak tengok mukabumi macam ni adalah Once in Lifetime! Rasa nak suruh jer kapal terbang tu mendarat bagi kami guling guling atas salji yang memutih tu, sebab memukau mata kami sangat sangat (mode jakun sebab tak penah tengok salji seumur hidup, ahahahhahah). Kira memang terbaek la sebab tengok salji dan glacier for the first time di puncak gunung tertinggi di dunia walau tak pernah pegang, kira lepas ni tak der kisah sangat pun kenkawan nak citer kehebatan swiss alp di Eropah or southern alps tu sebab yang paling best semua ada kat sini. cuma nak meluncur turun jer tak boleh, kan.  syukur di usia muda ni, antara penumpang penumpang pesawat, kami la paling muda, yang lain semua yang dah berusia dan pencen pencen. depa pun gelak tengok kami kecoh dalam flight. Siap sengih bagai sebab mereka jugak macam kami. terkesima. nothing can describe the feelings, chewah!
Kami diberikan peta mengenai puncak puncak yang terdapat di banjaran ini sambil dibantu oleh stewardess kecik molek yang menerangkan nama sekiranya kami melewati puncak puncak itu. Terasa diriku begitu berharga. Untuk mengatasi mabuk pesawat, tiada jus oren atau kacang diberi kecuali segelas air kosong yang dituang serta gula-gula. hmmmm takleh kata apa lar, limited budget kot. Yang pasti misi kami berjaya nak tengok Puncak Everest tu. Selepas pesawat mula meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke lapangan terbang, sekali lagi ujian kedua adalah pendaratan yang agak menjunam sedikit sebab landasan takderlah panjang sangat (Ya Nepal mempunyai 70 Airport, salah satu yang paling berbahaya di dunia sebab kalau tak dapat takeoff sure jatuh gaung punya).

Apabila pesawat mendarat dan pintu dibuka, setiap penumpang akan diberikan sijil yang ditandatangani pilot bertugas. Ya kami tak lepas peluang bergambar dengan pilot yang bertugas hari tu. First Officer dia dah cabut pegi mana ntah. Amcam hensem tak? Kira pengalaman menaiki Mountain Flight ni tak dapat digambarkan betapa cemas dan seronoknya sebab dapat melihat Everest dengan paling dekat. Yang pasti, ia merupakan salah satu attraction point kalau nak datang ke Kathmandu ni.
Bersambung........................

Saturday, November 17, 2012

Nepal Trip (Part I)

Payah jugak nak mencari pakej pelancongan yang  terbaik ke negara ni. 

Asal nak buat sendiri itinerary tapi memandangkan waktu suntuk, aku pasrah. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya tak sampai petang dah mendung pulak. Banyak kekurangan yang aku nampak dari negeri bergunung ganang ni. Untuk melancong negara x seberapa maju ni, kenala berfikiran terbuka, tak cerewet dan sentiasa berlapang dada. Paling tak best bila tour pakej dibayar sudah mencapai USD800 seorang tapi servis macam hampeh.kalau ku tahu better backpack dengan upah pemandu. Takpela pengajaran buat lain kali, jangan terlalu percayakan orang dan senang menerima maaf kalau orang lain buat silap. 

Bagi aku, Nepal masih belum bersedia dari infra dan mentaliti rakyatnya menerima kebanjiran pelancong Asia yang mengharapkan percutian mudah tanpa kena diputar belit oleh tour operator serta peniaga di kedai di Thamel Street tu. Mentality mereka sgt teruk bila taim bargain bargain tu, cekik darah sungguh.aku lebih rela bertawar ngan pekedai kain sutera di thailand, lagi accomodating. 

Nepal lagi sesuai untuk menikmati pemandangan semulajadi melalui trekking atau white water rafting. Bagi beragama Buddha dan Hindu, ia juga destinasi sesuai untuk ibadah mereka dan kepada yang menikmati sejarah, ok jugak. Antara tiga tempat yang dilawati, paling tak sangka Chitwan adalah destinasi paling menarik selain Katmandu. Pokhara? Perjalanan ke sana akan disajikan panorama gunung ganang yang indah bersama aliran sungai trisuli yang sesuai untuk white water rafting. Apabila sampai di Pokhara, lebur jugak hati. Taman Tasik Taiping is a lot better dari segi attraction dan landscaping.

Yang paling boleh diharap di Pokhara adalah sunrise view di Sarangkot sahaja. 

Pemandangan indah dari Kathmandu ke Pokhara

Sunrise di Sarangkot. Kelihatan berbondong manusia memenuhi bukit ini

Fishtail Mountain, Annapurna di waktu pagi.....

Driver aku dan bini yang mengikuti rombongan ini, Kumar dan Anzu

Pemandangan semasa boating di Tasik Phewal Tal, Pokhara

Durbar Square, Patan, Kathmandu. Ukiran zaman silam 2000 sebelum Masihi

Moment memandikan gajah di Chitwan National Park.

Boudha Nath Stupa, salah satu tarikan wajib dan merupakan shot "Lonely Planet" kami!

Wednesday, November 14, 2012

From Kathmandu to Pokhara and Chitwan



I just came back.

Nepal was fantastic.  Coming postings will have some stories to share.

This is just some intro. Till then, salam maal Hijrah.